Thursday, January 27, 2011

SOLAT DIDIK UMAT ISLAM HARGAI WAKTU..

SOLAT adalah satu institusi yang sangat agung mendidik insan dari segala aspek. Antaranya supaya seseorang itu menjadi tidak malas dan tidak mensia-siakan masa.Malah solat itu juga merupakan satu senaman yang sihat.

Ketika waktu menjelang siang, muazzin mengingatkan masa tidur sudah berlalu. Sekarang tiba siang dan waktu siang bukan lagi untuk tidur, sebaliknya sekarang adalah waktu untuk membina dunia.
‘Marilah solat, marilah menuju kejayaan. Solat lebih baik daripada tidur.’ Hebatnya solat yang memberi motivasi pagi.

Apabila matahari menegak di atas kepala ketika asyik dengan tugas diingatkan lagi, ‘marilah solat’ Zuhur. Ia mengingatkan kita supaya prihatin dengan masa.

Apabila bayang sama panjang dengan benda dan matahari mula melabuh, datang lagi seruan ‘marilah solat’, malah ketika matahari tenggelam dan tidak nampak lagi cahayanya, suara ‘marilah solat’ datang lagi.

Ketika luput lembayung merah di langit, muazzin sekali lagi mengajak manusia berkumpul untuk menunaikan solat secara berjemaah.Begitulah hidup kita sejak bermulanya dan berlabuhnya pasti dengan solat.

Ada pepatah berbunyi, ‘time is money’ (masa adalah wang) dan ‘time is running like arrow’ (masa bergerak laju seperti anak panah), kedua-dua ungkapan itu menggambarkan sifat masa sangat bernilai dan berlalu begitu pantas.

Solat sangat mendesak umat Islam supaya menukarkan masa menjadi ‘money’. Ramai orang tahu masa itu emas tetapi tidak ramai orang tahu bagaimana hendak menukar masa menjadi emas.

Bila tidak menghayati solat, kita banyak menghabiskan masa dengan sia-sia. Salah satu cara bagaimana menukar masa kepada emas ialah tidak malas atau belajar bagaimana mengisi masa dengan berfaedah, menggunakan masa dengan cermat, cepat dan tepat.

Menggunakan masa dengan cermat maknanya jangan sampai masa kita dicuri oleh kelalaian, kealpaan kerja yang tidak berfaedah seperti berkhayal, lepak kosong dan jangan sampai orang mengambil masa kita yang sangat berharga itu.

Menggunakan masa dengan cepat maknanya jangan bertangguh apabila sudah merancang sesuatu.

Peluang kadangkala hanya datang sekali. Kita ada tiga masa sahaja iaitu ‘past time’ sebagai pengalaman, kita ada ‘present time’ iaitu masa sekarang dan kita ada ‘future time’ iaitu hari depan atau hari akhirat.

Ketiga-tiga masa itu sangat bergandingan. Lambat bertindak, akibatnya penyesalan. Menggunakan masa dengan tepat maknanya buat kerja betul pada masa yang betul.

Allah berfirman yang antara lainnya bermaksud: “Apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan) maka kerjakanlah dengan sungguh-sungguh urusan yang lain dan hanya Tuhanmulah tempat kamu berharap.”

Ayat di atas mengisyaratkan agar kita menyiapkan kerja dengan sempurna, barulah melakukan kerja lain dengan cermat, cepat dan tepat serta menggantungkan harapan hanya kepada Allah.

Selepas merancang, berserah dan bertawakal kepada Allah. Sebenarnya tiada sesuatu yang untung, yang kita dapat daripada kemalasan kecuali penyesalan dan kekecewaan.

Jaminan Allah, telah berjaya orang-orang yang khusyuk dalam solatnya. Orang khusyuk sebenarnya mereka yang belajar, bukan sahaja fikah solat yang betul tetapi juga falsafah di sebalik tarbiah solat.


dipetik dari,,http://lubukzai.blogspot.com....

SNOW WHITE..



 Salji diukir dalam bentuk love.. Salji diukir dalam bentuk love..





Teringin rasanya dikelilingi oleh pokok"SNOW".. huhu..

7 AKIBAT MAKAN BERLEBIHAN..

Manusia  perlu makan secukupnya bagi membina kecergasan tubuh badan tetapi tidak digalakkan makan dalam kuantiti yang berlebihan.Ulama dahulu ada mengatakan, makan secara berlebihan akan menimbulkan enam akibat buruk, iaitu:

* Menghilangkan rasa takut hati kepada Allah.

* Melenyapkan rasa kasih sayang kepada makhluk Allah daripada hatinya kerana individu terbabit selalu beranggapan semua makhluk dalam keadaan kenyang.

* Berat untuk melakukan ketaatan. Tidaklah sebuah bekas dipenuhi barang melainkan akan menjadi berat dan sukar untuk bergerak.

* Telinganya tidak mahu mendengar nasihat dan hatinya tertutup untuk menerima nasihat.

* Jika ia menasihati tidak akan berbekas pada hati orang yang dinasihati.

* Menimbulkan banyak penyakit.


*Menjadi seorang yang pemalas.

Kata Lukman al-Hakim: “Jika perut dipenuhi dengan makanan, fikiran akan tertidur, jauh daripada hikmah dan anggota badan akan malas diajak beribadat.”


ingat!..MAKAN UNTUK HIDUP,BUKAN HIDUP UNTUK MAKAN..

USAH BUKA AIB SESAMA SAUDARA ISLAM..

Dalam satu hadis Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesiapa yang menutup keaiban saudaranya sesama Muslim, kelak Allah akan tutup aibnya di akhirat.”
Cuba kita sama-sama teliti satu kisah di zaman Nabi Musa a.s.Pada suatu ketika Bani Israel ditimpa musim kemarau yang berpanjangan. Mereka berkumpul dan datang menemui nabi.

Mereka berkata: “Ya Kaliimallah! Berdoalah kepada Tuhanmu agar Dia menurunkan hujan kepada kami.”
Berangkatlah Nabi Musa bersama kaumnya menuju ke padang pasir yang luas. Dengan jumlah yang ramai itu mereka berdoa dalam keadaan lusuh dan penuh debu, haus serta lapar.

Nabi Musa berdoa: “Ilaahi! Asqinaa ghaitsak…wansyur ‘alaina rahmatak…”
Selepas itu langit tetap saja terang benderang, matahari pun bersinar makin berkilauan. Maknanya segumpal awan pun tidak muncul jua.
Kemudian Nabi Musa berdoa lagi: “Ilaahi…asqinaa…”
Allah pun berfirman kepada Nabi Musa, maksudnya: “Bagaimana Aku akan menurunkan hujan kepada kalian sedangkan di antara kalian ada seorang hamba di kalangan yang hadir berdoa bermaksiat sejak 40 tahun lalu. Umumkanlah di hadapan manusia agar dia berdiri di hadapan kalian semua. Kerana dialah Aku tidak menurunkan hujan untuk kalian…”

Lalu Nabi Musa pun berteriak di tengah-tengah kaumnya: “Wahai hamba yang bermaksiat kepada Allah sejak 40 tahun…keluarlah ke hadapan kami…kerana engkaulah hujan tidak turun…”
Seorang lelaki melirik ke kanan dan kiri. Tidak seorang pun yang keluar di hadapan manusia. Saat itu pula dia sedar kalau dirinyalah yang dimaksudkan.
Dia berkata dalam hatinya: “Kalau aku keluar ke hadapan manusia, maka akan terbuka rahasiaku. Kalau aku tidak berterus terang, maka hujan pun tidak akan turun.”
Hatinya pun gundah gulana. Air matanya pun menitis, menyesali perbuatan maksiatnya, sambil berkata di dalam hati: “Ya Allah! Aku sudah bermaksiat kepada-Mu selama 40 tahun. Selama itu pula Engkau menutupi aibku. Sungguh sekarang aku bertaubat kepada-Mu, maka terimalah taubatku.”

Tidak lama selepas pengakuan taubatnya itu, awan-awan tebal pun muncul. Semakin lama semakin tebal menghitam dan akhirnya turunlah hujan.
Nabi Musa kehairanan. “Ya Allah, Engkau sudah turunkan hujan kepada kami, namun tidak seorang pun yang keluar di hadapan manusia.”
Allah berfirman, maksudnya: “Aku menurunkan hujan kepada kalian oleh sebab hamba yang kerananya hujan tidak kunjung turun.”
Nabi Musa berkata: “Ya Allah! Tunjukkan padaku hambaMu yang taat itu.”
Allah berfirman, maksudnya: “Ya Musa, Aku tidak membuka aibnya padahal dia bermaksiat kepada-Ku. Apakah Aku membuka aibnya sedangkan dia taat kepada-Ku!”.

Semoga cerita ini menjadikan kita hamba yang tidak menghina dan mengaibkan kesalahan yang dilakukan oleh seseorang.
Bukan itu sahaja, kita juga dilarang mendedahkan keaiban sendiri. Tetapi hal ini sering terjadi dalam dunia yang kian lama kian terasa kehangatan dengan kejungkilan kisah dosa peribadi, kadang-kadang menjadi pelaris bagi menghangatkan lagi buku dan siaran televisyen.Mashallah...

Nau'zubillahi min zalik..

JENIS-JENIS NAFSU

Nafsu Amarah 


Nafsu yg tunduk dan patuh menurut kehendak nafsu syahwat
dan syaitan.Nafsu amarah tidak dapat dikawal dgn sempurna oleh hati. Sekiranya
hati tidak dapat meminta bantuan ilmu, hikmah kebijaksanaan dan akal,
hati akan binasa. Justeru itu, seseorang itu mudah terjerumus ke arah
perbuatan yang melanggar syariat, tidak beradab, tidak berperi
kemanusiaan, bertindak mengikut sesuka hati, zalim serta pelbagai
keburukan dan bencana kpd diri serta persekitaran.


Lazimnya,susah nak tegur orang yang yang sebegini kerana tidak peka dengan kesilapan atau
kesalahan yang dilakukan.Keras kepala!begitulah hendaknya..Huhu

Nafsu ammarah menduduki tahap paling rendah dalam kehidupan manusia, malah sebenarnya lebih rendah
daripada binatang. Ini kerana binatang tidak mempunyai akal, sedangkan
manusia mempunyai akal.


Nau'zubilahi min zalik.




Nafsu Lawwamah 


Nafsu tercela kerana kelalaian tuannya melaksanakan
peraturan-peraturan Allah.Orang sebegini sepatutnya menyesali perbuatan salah lakunya dan
berinisiatif untuk kembali ke landasan yang benar. 


Contohnya semalam bila berdating,anda melakukan perkara yang tak elok di sisi agama
dengan pasangan anda. Hari ini anda sedar anda silap kerana terlalu
mengikut nafsu, lalu anda insaf dan bertekad untuk tidak mengulanginya
lagi.Orang yang banyak dikuasai nafsu lawwamah juga mudah membaiki
diri dan mudah terima teguran org lain. Ia juga tidak mudah hanyut dlm
kesesatan yang membinasakan diri baik dalam kehidupan dunia mahupun
akhirat. Selain dari itu,pemiik nafsu lawwamah juga sering memikirkan baik
buruk, halal haram, betul salah, berdosa ataupun tidak dalam segala
tindakan. Jelas nafsu Lawwamah ini lebih baik dari nafsu amarah….tapi,janganlah kita ambil kesempatan atas kebiasaan.ok yerp!







Nafsu Mutmainnah


Pemilik  nafsu ini mempunyai jiwa yang tenang.

Orang yang memiliki nafsu mutmainnah dapat mengawal nafsu syahwat
dengan baik dan sentiasa cenderung ke arah kebaikan.Mereka juga
mudah bersyukur dan qanaah di mana segala kesenangan hidup tidak
membuat dia lupa diri, menerima anugerah Ilahi seadanya dan kesusahan
yang dialami pula tidak menjadikan dirinya gelisah. Ini disebabkan
hatinya ada ikatan yang teguh dengan  Allah. Mereka juga mudah reda
dengan ketetapan dan ujian Allah. Imam Al-Ghazali meletakkan nafsu ini
di tahap yang tertinggi dalam kehidupan manusia. Moga Allah golongkan
kita dalam nafsu yang hebat ini.INSYAALAH..





Renung-renungkan dan selamat beramal.hehe..

Sunday, January 23, 2011

LOOK N LIKE..


Dear my brothers n sisters in Islam,,  

Look carefully about this life with love n prospects bcoz its it a beauty mercy from Allah to His slave.Verily,accept this favour by means of proudly n excitedly.Greet the cheerful morning with a broadly smiles.Greet the secret night by means of smoothly n "taqarrub" ila Allah.Greet the greeting days with recitation to our Almighty.Gulp the clean air cheerly n praise to Allah bcoz of His tremendous inspire.Suck the fragrant flowers while prayer beads to Allah n the most important things is think deeply about the universe n take it as a precious chiwy for us...

THE BEST WAY..


KESUKARAN

 “Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran akan disusuli kemudahan. (Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran akan disusuli kemudahan. Maka apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain)” (al-Insyirah, ayat 5-7). Tanpa kesedihan kita tidak akan mengerti erti kebahagiaan. Justeru itu, kesedihan akan membuat kita bangkit untuk meraih kebahagiaan.


SEDIH HATI

Apabila kita dilanda kesedihan, berhentilah dari melayani perasaan dan fikiran jika kita ingin terlepas dari belenggu penderitaan hidup.

Bersikap lemah dan bersedih hati apabila mendapat dugaan dari Allah bukanlah ciri orang-orang yang diangkat darjatnya oleh Allah....

Sibukkanlah diri dalam ibadah, mudah-mudahan ianya akan menjadi ubat yang mujarab bagi seseorang yang ingin bangkit dari kesedihan yang berpanjangan.

Terlalu lama tenggelam dalam kesedihan akan menambah penderitaan dan memberi peluang kepada syaitan untuk datang dengan bisikan-bisikan mendayu.

ERTINYA..


Ertinya:
Daripada Anas bin Malik r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda; "Tidak akan terjadi kiamat sehingga masa menjadi singkat maka setahun dirasakan seperti sebulan dan sebulan dirasakan seperti seminggu dan seminggu dirasakan seperti sehari dan sehari dirasakan seperti satu jam dan satu jam dirasakan seperti satu petikan api".

H.R.Termizi

 
EXPLANATION
Masa akan berlalu begitu cepat. Belum sempat berbuat sesuatu, tiba-tiba masa sudah terlalu larut, sehingga banyak perkara yang belum dapat diselesaikan. Kita seakan-akan sibuk, tetapi kita tidak faham apa yang disibukkan. Kita diburu masa dan ia berlalu dengan tiada ada perkara yang dapat kita selesaikan. Inilah yang dimaksudkan dengan singkatnya masa.

Menurut Irnam al-Karmani, yang dimaksudkan dengan singkatnya masa ini ialah dicabut keberkatan daripadanya. Mcmang benar apa yang dikatakan oleh Imam al-Karmani itu, dahulunya kita merasakan dalam sehari banyak perkara yang dapat kita laksanakan, tetapi sekarang dalam sehari yang sama hanya sedikit perkara-perkara yang dapat kita laksanakan. Ini adalah satu petanda hampirnya qiamat.
Dan manusia hanyalah insan biasa di mana tidak dapat tidak pasti akan melakukan kesalahan.

WALLAHUA'LAM

Saturday, January 15, 2011

RENUNGKANLAH..



Assalamualaikum..


buat renungan bersama....


Wanita Yang Dimurkai Allah




PERKARA YG AMAT DIBENCI ALLAH PADA SEORANG WANITA


1.Kepada wanita yang tidak menutup aurat Allah berfirman," Hiduplah dengan apa yang kau suka."


2.Allah melaknati wanita yang sengaja mendedahkan auratnya kepada lelaki yang bukan muhrim.


3.Perempuan yg memakai kain yang nipis & jarang untuk menarik perhatian lelaki bukan muhrim atau memakai segala yg mendatangkan keghairahan kepada orang lain maka dia tidak akan mencium bau syurga.


4.Wanita yg jahat lebih buruk dari 1000 org lelaki yg jahat.






WANITA YG DIMURKAI OLEH ALLAH


Sebagaimana Allah suka dgn wanita yg yg solehah, Allah juga sgt murka kpd beberapa jenis wanita.Oleh itu sgt perlu bagi kita mengetahui perkara yg boleh menyebabkan kebenciannya supaya kita terhindar dr kemurkaannya. Kemurkaan Allah pada hari kiamat sgt dahsyat sehinggakan nabi2 pun sgt takut. Bahkan Nabi Ibrahim pun lupa bahawa dia mempunyai anak yg bernama Nabi Ismail krn ketakutan yg amat sangat. Abu Zar r.a meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda: "Seorang wanita yg berkata kpd suaminya,"semoga engkau mendapat kutukan Allah" maka dia dikutuk oleh Allah dr atas langit yg ke7 & mengutuk pula segala sesuatu yg dicipta oleh Allah kecuali 2 jenis makhluk iaitu manusia & jin."


Ab.Rahman bin Auf meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda: "Seorang yg membuat susah kpd suaminya dlm hal belanja atau membebani sesuatu yg suaminya tidak mampu maka Allah tidak akan menerima amalannya yg wajib & sunnatnya."


Abdullah bin Umar r.a meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda: "Kalau seandainya apa yg ada dibumi ini merupakan emas & perak serta dibawa oleh seorang wanita kerumah suaminya.Kemudian pada suatu hari dia terlontar kata2 angkuh,"engkau ini siapa? Semua harta ini milikku & engkau tidak punya harta apa pun." Maka hapuslah semua amal kebaikannya walaupun banyak.


Nabi s.a.w adalah seorang yg sangat kasih pada ummatnya & terlalu menginginkan bagi kita,umatnya terhindar dr azab Allah.Beliau menghadapi segala rupa penderitaan, kesakitan ,keletihan & tekanan.Begitu juga air mata & darah baginda telah mengalir semata-mata krn kasih-sayangnya terhadap kita.Maka lebih-lebih lagi kita sendirilah yg wajar berusaha utk menyelamatkan diri kita,keluarga kita & seluruh ummat baginda.Sebagai akhir bicara, ikutilah kisah.Moga ia menjadi iktibar buat kita.


Ali r.a. meriwayatkan sebagai berikut: "Saya bersama Fatimah berkunjung ke rumah Rasulullah & kami temui beliau sedang menangis. Kami bertanya kpd beliau,"mengapa tuan menangis wahai Rasulullah?" Beliau menjawab, "pada malam aku di Isra'kan kelangit, daku melihat org sedang mengalami berbagai penyeksaan...maka bila teringatkan mereka aku menangis." Saya bertanya lagi,"wahai Rasulullah apakah yg tuan lihat?" Beliau bersabda:


1.Wanita yg digantung dgn rambutnya & otak kepalanya mendidih.


2.Wanita yg digantung dgn lidahnya serta tangannya dipaut dr punggungnya sedangkan aspal yg mendidih dari neraka dituangkan ke kerongkongnya.


3.Wanita yg digantung dgn buah dadanya dari balik punggungnya sedangkan air getah kayu zakum dituang ke kerongkongnya.


4.Wanita yg digantung , diikat kedua kaki & tgnnya ke arah ubun2 kepalanya serta dibelit dibawah kekuasaan ular & kala jengking.


5.Wanita yg memakan badannya sendiri serta dibawahnya tampak api yg menyala-nyala dgn hebatnya.


6.Wanita yg memotong badannya sendiri dgn gunting dr neraka.


7.Wanita yg bermuka hitam & memakan ususnya sendiri.


8.Wanita yg tuli, buta & bisu dlm peti neraka sedang darahnya mengalir dari rongga badannya (hidung,telinga,mulut) & badannya membusuk akibat penyakit kulit dan lepra.


9.Wanita yg berkepala spt kepala babi & kaldai yg mendapat berjuta jenis siksaan.


Maka berdirilah Fatimah seraya berkata,"Wahai ayahku, cahaya mata kesayanganku... ceritakanlah kpd ku apakah amal perbuatan wanita2 itu." Rasulullah s.a.w bersabda, "Wahai Fatimah, adapun tentang :


1.Wanita yg digantung dgn rambutnya krn dia tidak menjaga rambutnya (di jilbab) dikalangan lelaki.


2.Wanita yg digantung dgn lidahnya krn dia menyakiti hati suaminya dgn kata


3.Kemudian Nabi s.a.w bersabda: "Tidak seorang wanita yg menyakiti hati suaminya melalui kata2nya kecuali Allah akan membuatnya mulut kelak dihari kiamat,selebar 70 zira' kemudian akan mengikatnya dibelakang lehernya.


4.Adapun wanita yg digantung dgn buah dadanya krn dia menyusui anak org lain tanpa izin suaminya.


5.Adapun wanita yg diikat dgn kaki & tangannya itu krn dia keluar rumah tanpa izin suaminya, tidak mandi wajib dr haidh & nifas.


6.Adapun wanita yg memakan badannya sendiri krn suka bersolek utk dilihat lelaki lain serta suka membicarakan keaiban org.


7.Adapun wanita yg memotong badannya sendiri dgn gunting dari neraka kerana dia suka menonjolkan diri (ingin terkenal) dikhalayak ramai dgn maksud supaya org melihat perhiasannya dan setiap org jatuh cinta padanya krn melihat perhiasannya.


8.Adapun wanita yg diikat kedua kaki & tangannya sampai ke ubun2nya & dibelit oleh ular & kala jengking krn dia mampu mengerjakan solat & puasa.Tetapi dia tidak mahu berwudhuk & tidak solat serta tidak mahu mandi wajib.


9.Adapun wanita yg kepalanya spt kepala babi & badannya spt kaldai krn dia suka mengadu-domba(melaga-lagakan org) serta berdusta.


10.Adapun wanita yg berbentuk spt anjing krn dia ahli fitnah serta suka marah-marah pada suaminya.


Dan ada di antara isteri nabi2 yg mati dlm keadaan tidak beriman kerana mempunyai sifat yang buruk. Walaupun mereka adalah isteri manusia yang terbaik dizaman itu.Diantara sifat buruk mereka:


1.Isteri Nabi Nuh suka mengejek & mengutuk suaminya.


2.Isteri nabi Lut suka bertandang ke rumah org.


Semoga Allah beri kita kekuatan untuk melakukan kebaikan dan meninggalkan keburukan. Kalau kita tidak berasa takut atau rasa perlu berubah... maka kita kena usaha agar kita tergolong dlm mrk yg tidak diberi petunjuk oleh Allah.Nauzubillahi min zalik.


Seseorang wanita itu apabila di yaumal alkhirat akan menarik empat golongan lelaki bersamanya ke dalam neraka?


Na'uzubillah.........artikel ini bukan untuk memperkecilkan wanita tetapi sebaliknya iaitu supaya kaum lelaki memainkan peranannya dengan hak & saksama serta berwaspada akan tanggungjawab yang kita pikul!


pertama:-ayahnya


apabila seseorang yg bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia yakni dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji & sebagainya. Dia memperbiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.....tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.






kedua:-suaminya


apabila sang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat,memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram..apabila suami mendiam diri......walaupun dia seorang alim yakni solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal maka dia akan ditarik oleh isterinya.






ketiga:-abang-abangnya


apabila ayahnya sudah tiada,tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke pundak abang-abangnya.....jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM ....tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.


keempat:-anak lelakinya


apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yg haram dari islam,bila ibu membuat kemungkaran pengumpat,mengata & sebagainya maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak........ nantikan tarikan ibunya maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat.....maka kaum lelaki yang bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar tidak silap firman ALLAH SWT:-


"HAI ANAK ADAM PERIHARALAH DIRI KAMU SERTA AHLIMU DARI API NERAKA DI MANA BAHAN PEMBAKARNYA IALAH MANUSIA,JIN DAN BATU-BATU..."




Hai wanita, kasihlah ayah anda, suami anda,abang-abang anda serta anak-anak lelaki anda...kesiankanlah mereka dan diri kamu sendiri......




Jalankan perintah ALLAH SWT bersungguh-sungguh dan dengan ikhlas.. akhir kalam,marilah kita berdoa agar kita semua terselamat dari ditarik dan tertarik....oleh mana-mana pihak?????????


Harga seseorang muslim adalah sangat berharga. ALLAH SWT nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA,semua kaum muslim dijamin masuk syurga (sesiapa yg mengucap kalimah tauhid) dengan itu janganlah kita membuang atau tidak mengendah janji dan peluang yg ALLAH SWT berikan pada kita.




#petikan dari blog yg dihayati
* sama-samalah kita hayatinya..


RENUNGILAH DIRI...


Teman,
Jadilah kehidupan kita di bumi sementara ini berpandukan
nur iman dan Islam bukannya berdasarkan nafsu rakus yang
sentiasa inginkan kebebasan dan keseronokan yang tidak
berkesudahan. 



Seorang ulama' telah mengukirkan
ungkapan indah bagaimana Allah mencipta malaikat
dengan diberikan kepada mereka akal tanpa nafsu,
binatang pula dianugerahi nafsu tanpa akal manakala
manusia diberikan keduanya sekali iaitu akal dan nafsu.
Sesiapa yang mampu mengawal nafsunya dengan akal
yang berpandukan syariat Ilahi maka dia lebih baik
daripada malaikat tetapi jika dia tewas dengan pujukan
nafsunya maka dia lebih hina daripada binatang. 



Kita juga pernah mendengar kisah bagaimana seorang 'abid di
zaman silam apabila terdetik sahaja kehendak nafsunya
yang inginkan keseronokan maka dia akan berguling di
atas padang pasir yang panas sambil mengatakan kepada
dirinya sendiri adakah tubuhnya akan dapat menahan
daripada azab neraka yang lebih panas daripada itu.
Seorang yang lain pula menangis sehingga hilang
penglihatannya kerana menyesal dengan dosa yang
dilakukan. 


Tidak ketinggalan dicoretkan bagaimana
seorang hamba yang bertaqwa tetapi pada suatu hari
seolah-olah kehilangan kuasa untuk mengawal kehendak
nafsunya dan cuba melakukan zina dengan seorang
pelacur yang dilihatnya tetapi sebelum terlanjur ke arah
kemungkaran dia tersebut nama Allah lalu dia jatuh dan
menggelempar serta menghembuskan nafas terakhir di situ
juga kerana begitu ketakutan dengan apa yang cuba
dilakukan.


Bagaimana pula dengan diri kita wahai teman?
Godaan dan cubaan berada di sekitar kita. Adakah kita
telah cuba sedaya yang mungkin di dalam menghindarinya
ataupun kita sendiri dihanyutkan oleh keadaan sekeliling?
Jagalah pancaindera kita daripada kemungkaran yang
melata. Ingatlah pesanan Rasulullah S.A.W sebagaimana
yang diriwayatkan oleh imam Tarmizi : Hamba yang baik
ialah mereka yang beragama dan menyediakan
bekalan amalan selepas mati. Manakala orang
sombong adalah mereka yang mengikut kehendak
nafsu dan mengharapkan belas kasihan Allah
semata-mata.


Teman, 

Bagaimana pula dengan ibadat seharian kita wahai
teman?. Adakah kita merasakan ia sudah banyak dan
mencukupi sedangkan kita pernah membaca kisah
mengenai seorang lelaki dari Bani Israel telah beribadat
kepada Allah selama 70 tahun. Allah telah mengutuskan
malaikat kepadanya dan menyatakan bahawa ibadatnya
yang begitu banyak tidak mampu menjamin dia untuk
merasai nikmat Syurga Allah. Lalu dia menyatakan
bahawa dia beribadat kerana dia dijadikan untuk
beribadat bukannya mengharapkan balasan. Apabila
malaikat memberitahu kepada Allah tentang jawapan yang
telah diberikan maka Allah menyatakan bahawa Dia telah
mengampuni segala dosa-dosa lelaki itu.



Rabiah 'Adawiyah pula merupakan salah seorang daripada waliullah telah
menyatakan bahawa ibadat yang ditunaikan bukan kerana
takut azab Allah dan mengharapkan syurga Allah tetapi
dilakukan kerana taat dan patuh pada perintahNya.



Sayyidina Ali juga pernah mengatakan sesiapa yang menganggap dia
akan mencapai sesuatu tanpa kesungguhan maka dia
sebenarnya berangan-angan tetapi sesiapa yang
bercita-cita untuk mendapat sesuatu bersama dengan
usaha yang bersunguh-sungguh dia akan mencapainya.



Sayyidina Hassan juga pernah mengingatkan bahawa
mengharapkan Syurga tanpa amalan merupakan satu dosa
daripada dosa-dosa yang lain.


Teman,


Imam al-Ghazali pernah menasihati kita bahawa ilmu
tanpa amal gila dan amal tanpa ilmu sia-sia.Ketahuilah
bahawa ilmu tidak mampu menjauhkan diri kita hari ini
daripada maksiat dan tidak akan mendorong kepada taat
serta tidak menjauhkan diri kita daripada azab neraka.
Jika kita tidak beramal hari ini maka kita tidak akan dapat
kembali untuk beramal pada hari yang telah berlalu pergi.
Permintaan kita untuk kembali ke dunia setelah berlakunya
qiamat tidak akan diterima malah kita akan diherdik
dengan kata-kata pedas : Wahai orang yang bongkak!
Mengapa kamu datang dari sana tanpa bekalan?.


Rasulullah saw beristighfar lebih 70 kali sehari dan sentiasa
mengamalkan salam kepada para sahabat sehingga para
sahabat merasa malu kerana setiap kali berjumpa maka
Rasulullah S.A.W yang merupakan orang pertama yang
memberi salam bukannya mereka. Bagaimana dengan kita
wahai teman? Hayatilah hadis Rasulullah yang
diriwayatkan oleh imam Tarmizi : Hitunglah diri kamu
sebelum kamu dihitung dan timbanglah amalan kamu
sebelum ia ditimbang oleh Allah kelak.


Teman,


Renungilah kata-kata imam al-Ghazali bahawa jika
kita membaca kitab seratus tahun dan mengumpul seribu
kitab, ia tidak menjadikan diri kita bersedia untuk
mendapat rahmat Allah melainkan dengan amalan.
Sekalipun seseorang hamba memasuki Syurga dengan
kelebihan dan kasih sayang daripada Allah tetapi ia dapat
dicapai selepas dia menunaikan segala ketaatan dan ibadat
kerana rahmat Allah hampir dengan orang yang sentiasa
mengerjakan amalan yang baik dan soleh. Renunglah
dirimu wahai teman untuk menggapai redha Allah SWT.

SIFAT WANITA..



Sifat wanita yang baik untuk dijadikan isteri dan ibu kepada anak-anaknya …


1. Seorang perempuan yang beragama dan mempunyai sifat-
sifat solehah serta takut akan Allah s.w.t. dan senantiasa menjauhkan diri daripada
laranganNya dan perkara-perkara yang haram.


Ini adalah berdasarkan sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud
“ Berkahwin akan perempuan itu kerana hartanya, dan eloknya, dan kerana
bangsanya, dan kerana agamanya, maka lazimkan olehmu berkahwin dengan
perempuan yang mempunyai agama”


Dalam sabda Nabi s.a.w. yang lainnya juga menyebut bahawa
“Barang siapa berkahwin berkehendak akan perempuan kerana hartanya, dan
kerana elok rupanya, nescaya diharamkan akan hartanya dan elok rupanya yakni
ditegahkan akan hartanya dan elok rupanya dan barang siapa yang berkahwin
akan dia kerana agamanya nescaya diberi rezeki oleh Allah s.w.t akan dia akan
hartanya dan elok rupanya.”


Namun ini tidaklah bermaksud harta dan rupa paras tidak dipentingkan dalam Islam.
Dalam hadits lain ada menyebut bahawa salah satu ciri wanita yang baik adalah
apabila suami memandang isteri, si suami akan merasa senang dan tenang . Ini
berdasarkan jawapan Rasulullah s.a.w kepada sahabat apabila ditanya
‘Siapakah orang perempuan yang baik itu”.
Maka jawab Rasulullah s.a..w
“Perempuan yang baik itu ialah yang apabila engkau pandang mukanya, engkau
akan rasa seronok”.


Maka dapat dikatakan bahawa paras rupa juga merupakan satu kreteria dalam
memilih isteri. Walau bagaimana pun Nabi s.a.w. juga memberi amaran kepada lelaki
supaya tidak memilih isteri semata-mata kerana cantik rupa paras dan kekayaan
sahaja kerana ianya dikhuatiri akan menjadi punca kepada kepincangan sesebuah
rumah tangga. Seperti mana sabda Nabi s.a.w yang bermaksud ;
“Janganlah kamu kahwini perempuan itu kerana segaknya semata-mata kerana
takut disebabkan segak dan cantiknya menyebabkan kamu dihina olehnya, dan
jangan kamu nikahi seorang perempuan semata-mata kerana hartanya kerana
ditakuti hartanya menyebabkan dia melampau terhadap kamu,tetapi hendaklah
kamu nikahi seorang perempuan itu kerana agamanya disamping paras rupanya
cantik dan dari keluarga yang berharta”.


Namun Nabi s.a.w tetap menyarankan supaya kreteria pertama yang akan diambil
kira apabila memilih isteri adalah dari segi agamanya seperti maksud sabdanya
“Kalau sekiranya isteri kamu seorang hamba yang hitam kulitnya tetapi mempunyai
 agama yang kuat maka itu adalah lebih baik bagimu”.










2. Disunatkan memilih seorang perempuan yang baik perangai
dan akhlaknya kerana ianya akan membantu dalam menyempurnakan ibadah
terhadap Allah s.w.t.


Dinyatakan bahawa seorang pempuan yang buruk perangainya dan jahat lidahnya
akan mendatangkan banyak mudarat di dalam sesebuah keluarga daripada
manfaatnya melainkan suaminya itu adalah seorang yang sangat sabar orangnya
dengan telatah dan kerenah isteri.Dalam hal ini dinyatakan juga sebagai panduan
enam (6) sifat perempuan yang sebolehnya dielakkan apabila memilih calon isteri.


Sifat Al-Annaanah
Perempuan yang perbanyakkan keluh kesah dan suka mengadu-ngadu padahal dia
sntiasa menghiasi dirinya.Jika dikahwini perempuan yang demikian akan
menyakitkan hati dan tidak peroleh didalamnya kebajikan.


Sifat Al-Mannaanah
Perempuan yang banyak membangkitkan atas suaminya iaitu seorang isteri yang
suka mengungkit samada kebaikkannya ataupun keburukkan suaminya dalam
pertuturan seharian bersama suaminya.


Sifat Al-Hannaanah
Perempuan yang berkeinginan terhadap lelaki lain selain suaminya.Diwajibkan
kepada lelaki supaya menjauhi perempuan yang bersifat tersebut kerana banyak
mudaratnya.


Sifat Al-Haddaaqah
Perempuan yang gemar akan tiap-tiap sesuatu dan ingin dia akan ia dan dengan itu
memberatkan dia akan suaminya untuk membeli barangan tersebut.


Sifat Al-Barraaqah
Terdapat dua sifat Al-Barraqah iaitu :-
-Terlalu suka menghias diri dan mencantikkan wajahnya secara keterlaluan.
-Suka memarahi keatas rezeki yang disediakan dan senantiasa merasa
pemberian suami tidak mencukupi.(Termasuk sifat suka membandingkan
pemberian suami dengan orang lain yang mendapat lebih baik dari suami mereka
pada anggapannya)


Sifat Al-Sallaaqah
Perempuan yang suka memperbanyakkan perkataan iaitu perempuan yang suka
bercakap sesuatu yang tidak berfaedah dan berbau umpatan.




Selain itu menurut kata Saidina Ali r.a , terdapat juga sifat-sifat yang dianggap tidak
baik jika ada pada seorang lelaki tetapi ianya baik jika terdapat pada seorang
perempuan iaitu :-


Sifat Al-Baqlu.
Sifat kikir / kedekut kerana dengan sifat ini akan terpelihara harta suami.


Sifat Az-Zahhu.
Sifat membesarkan diri / sombong kerana apabila seseorang perempuan itu
membesarkan dirinya maka enggan dia untuk berkata-kata dengan semua orang
dengan perkataan yang lemah lembut. Maka dengan itu akan terpeliharalah suami
dari perasaan cemburu dan gelisah.


Sifat Al-Jubnu.
Sifat penakut kerana dengan sifat ini akan terhindar ia daripada keluar rumah
sesuka hati tanpa mengira masa dan waktu.Sifat ini juga akan memelihara seorang
isteri daripada sifat cemburu dan perasaan curiga suami.






3. Disunatkan memilih perempuan yang elok rupa parasnya.


Disarankan untuk memilih seorang perempuan yang cantik rupa parasnya kerana
dengannya semoga akan terhindar keinginan lelaki tersebut untuk memandang akan
perempuan yang lainnya. Namun di ingatkan lagi bahawa di tegah untuk mengahwini
seorang perempuan yang cantik tetapi tidak mempunyai agama.Dalam hal ini kita
disarankan juga untuk memilih seorang perempuan yang kurang elok dari segi paras
rupanya asalkan perempuan tersebut kuat beragama dam berakhlak mulia jika
perkahwinan tersebut semata-mata untuk mengikut sunnah Nabi s.a.w dan untuk
mendapatkan zuriat serta untuk membantunya mentadbirkan rumahtangganya, dan
kebanyakkan orang-orang alim dan soleh memilih perempuan yang sebegini untuk
dijadikan isteri.






4. Disunatkan untuk memilih seorang perempuan yang mas
kahwinnya kurang / murah kerana sabda Nabi s.a.w yang maksudnya
“ Bermula yang terlebih baik perempuan itu ialah yang terlebih baik mukanya dan
yang terlebih murah isi kahwinnya”


Dan dalam hadist Nabi s.a.w. yang lainnya bermaksud
“Setengah dari baraqah maka perempuan itu iaitu segerakan dipersuamikan dan
di segerakan rahimnya itu kepada beranak”


Secara ringkasnya tanda-tanda seorang perempuan yang baik adalah
Rendah mas kahwinnya
Disegerakan perkahwinannya.
Menyegerakan untuk mendapat anak.




5. Disunatkan memilih perempuan yang banyak beranak /
melahirkan zuriat kerana sabda Nabi s.a.w maksudnya ,“Lazimkan keatasmu
berkahwin dengan perempuan yang banyak anak dan perempuan yang banyak kasih
sayang ke atas suaminya”




6. Disunatkan memilih perempuan yang masih anak dara kerana
menurut Nabi s.a.w apabila mengahwini perempuan (anak dara) akan menjadi lebih
mesra perhubungan antara suami dan isteri.




7. Di sunatkan memilih perempuan yang berasal dari bangsa
yang baik iaitu perempuan itu terdiri daripada anak cucu dikalangan orang yang
beragama dan anak cucu dari orang yang soleh serta alim kerana menurut sabda
Nabi s.a.w yang maksudnya “Pilih olehmu akan perempuan yakni tempat bagi mani
kamu itu maka kerana bahawa sesungguhnya gemar itu terlebih mengekalkan”
Di galakkan memilih perempuan mahu pun lelaki dari kalangan yang baik-baik
kerana menurut Nabi s.a.w, sifat baik dari ibu bapa kadang kala akan di warisi
oleh anak samada lelaki mahupun perempuan.
“Keturunan baik itu akan diwarisi oleh anak-anaknya”
Di samping itu Nabi s.a.w menasihatkan supaya lelaki berhati-hati apabila memilih
perempuan agar tidak memilih perempuan yang mempunyai paras rupa yang cantik
da berasal dari keturunan yang rosak akhlaknya.




8. Disunatkan memilih perempuan yang bukan dari kerabat
yang hampir kerana yang demikian itu mengurangkan syahwat. Sabda Nabi s.a.w
pula menyebut yang bermaksud
“Jangan kamu kahwin akan perempuan dari kerabat yang hampir maka bahwa
sesungguhnya anak itu dijadikan daif tubuhnya”




Demikianlah lapan sifat wanita yang di nyatakan oleh Imam Al-Ghazali didalam
kitabnya.waahua'llam.