Thursday, March 31, 2011

PEARL..

Wednesday, March 30, 2011

AMALI FIL MUSTAKBAL..INSYAALLAH BIIZNILLAH..

ASSALAMUALAIKUM..
LONG TIME I DOESNT POSY ANY POST TO THIS BLOG..
YEAH,,FOR SURE COS I HAD BEEN BUSY THIS MONTH SO MUCH..
U KNOW LOT OF TROUBLE MEAN SO..
BIO,CHEMI N PHYSIC..
THATS ALL NOT SIMPLY ONE K..
WITH MISUNDERSTOOD TEACH,FOR SURE I CAN focuse..
BUT ANYWAY I HAVE TO GO THROUGH ALL OF THIS..
JUST TO BE..this ONE!!
however,,INSYAALLAH..I WILL STRUGGLE HARDEST..I WILL PROVE IT!!
WAIT N SEE..INSYAALLAH..PLEASE PRAY FOR ME..
I WANNA BEST ONE..
THE BEST INCREDIBLE ONE..!!
TO CURE SOMEONE IN PAIN..
PLUS TO SPREAD OUR RELIGION(ISLAM)..
THATS EVERYTHING!!
sorry,if i had BROKEN ENGLISH..
BCOS im MALAY..



STUDY HARD WITHOUT ANY COMPROMISE N COMPLAINT N EXCUSE!!
TAJDID OUR NAWAITU  LILLAHITA'ALA ALWAYS..
INSYAALLAH WE WILL GET THE BEST ONE..OK
THATS ALL I WANNA SAY RIGHT NOW COZ IM LITTLE BIT STRESS LONG TIME AGO..
ALHMDULILLAH AFTER HAD BEEN MOTIVATED BY MY FATHER..
MY SPIRIT GOING TO CHANGE N TRY TO BE MORE POSTIVE..
SINCE NOW,,
I WILL GET MY TIME N TRAIN THEM SHARPLY..
OK..
JUST ALL..
WALLAHUALLAM..

____________________________________________________



             ~ SYUKRAN JIDDAN JIDDAN LILQIRAAH ~

____________________________________________________

Friday, March 4, 2011

TERKUBURNYA KEZALIMAN TAGHUT..

Adaptasi by..
InfoIslamic.com






Nama Prabhakaran bukanlah suatu nama yang masyhur sebelum ini. Bahkan tidak dapat dipastikan samada waktu sekarang ini nama tersebut sudah benar2 masyhur ataupun tidak. Apa yang pasti, ramai di kalangan masyarakat khususnya umat Islam sendiri kurang mengambil tahu apatah lagi untuk mengenali nama seperti velupillai Prabhakaran - komander LTTE.


Baru2 ini ramai umat manusia kembali menyebut nama taghut tersebut, ekoran berita atau 'khabar angin' yang mendakwa bahawa manusia berhati syaitan tersebut telahpun ditembak mati. Gambar beliau yang lengkap berpakaian tentera dan berlumuran darah turut disiarkan.


Sejak dahulu saya melihat bahawa konflik yang berlaku di Sri Lanka, khususnya tentang kezaliman terhadap saudara seaqidah dan seagama dengan kita sangat kurang diambil berat. Mungkin isu tersebut tidak sebesar isu kezaliman tentera zionis ke atas saudara2 kita di Palestin, namun tumpuan, perhatian dan keprihatinan terhadap dua tempat dan dua konflik ini terlalu menampakkan perbezaan yang ketara.


Mungkin disebabkan ramai di kalangan kita, termasuk saya sendiri kurang maklumat dan penjelasan mengenai konflik sebenar yang berlaku di sana. Mungkin juga disebabkan kurang fikir, kurang prihatin. Namun, hakikat kezaliman yang telahpun berlaku ke atas saudara2 kita di Sri Lanka sebenarnya tidak jauh bezanya dengan kezaliman dan kebinatangan puak zionis ke atas saudara2 kita di Palestin.


LTTE sememangnya dikenali sebagai puak pemberontak. Memusuhi dan melancarkan perang ke atas kerajaan. LTTE digeruni kerana adanya manusia celaka lagi laknat seperti V. Prabhakaran. Dia diibaratkan sebagai penentu keamanan dan huru hara. Dia boleh menukarkan suasana aman kepada huru hara dan huru hara kepada keamanan. Dia merupakan 'mood' dan 'suhu'. Dia merupakan manusia berhati binatang - tiada akal dan hilang perasaan. Dia bukan manusia sebaliknya adalah antara gerombolan taghut akhir zaman.


Di sebalik semua itu, jangan pula kita lupa bahawa LTTE adalah puak yang paling kuat memusuhi Islam. Di tangan mereka dan atas nama kezaliman , sudah beribu2 nyawa saudara seagama kita melayang dan tergadai dengan begitu mudah. Tanpa pembelaan, tanpa perhatian.


Sebagai contoh , pada 3 Ogos 1990, LTTE Tamil Tiger (yang mendakwa pejuang masyarakat Tamil) ini telah membunuh 103 umat Islam Tamil yang sedang bersolat di Masjid Kattankudiy di Batticaloa. Perkara sama turut berlaku pada 3 Ogos 2006 di Muttur. Badan hak asasi manusia - The Society for Peace, Unity & Human Rights in Sri Lanka (SPUR) - yang beribupejabat di Victoria, Australia menyatakan pembunuhan terhadap umat Islam Tamil oleh LTTE ini turut berlaku di Kebitigollewe (15 Jun 2006), juga di desa Kalyanapura, Gomarankadawala pada 23 April 2006 dan pembunuhan di Welikanda ada 29 Mei 2006.( dirujuk )


Kematian Prabhakaran yang merupakan antara taghut berhati syaitan sebenarnya bukanlah merupakan pengakhiran kepada beribu2 malah berjuta2 bentuk kezaliman yang telah dan sedang berlaku ke atas umat Islam serata dunia. Umat Islam terus diasak dan diperangi, dengan pelbagai cara dan dasar, samada di negara timur mahupun barat. Dalam keadaan ini, apa yang terzahir pada pandangan mata hanyalah kezaliman luaran- lumuran darah dan cebisan daging - namun kezaliman dalam bentuk penindasan dan pemikiran terkadang kurang disedari dan disedarkan. Inilah perkara yang menyedihkan bagi kita sebagai umat Islam- yang perlu terus bangkit berjuang demi menghapuskan segala bentuk kezaliman dan penganiayaan terhadap saudara2 seaqidah dan seagama dengan kita.


Justeru marilah sama2 kita mengambil iktibar dan kesedaran dari pelbagai isu kezaliman yang berlaku ke atas umat Islam di seluruh negara dengan menjadikan kesemua itu sebagai pembakar semangat dan kekuatan kita untuk terus bangkit dan berjuang. Buat saudara2 kita yang telah bergelar para syuhada di bumi Sri Lanka ( insyaAllah ) , sama2 kita doakan kesejahteraan dan ketenangan roh mereka di alam sana. Al-Fatihah.

TANDA HATI YANG BERCINTA..

Tertarik dengan slot ini..
Dipetik dari bog http://fizi2islamic.blogspot.com...
  


Kehidupan manusia tidak sunyi dari kalimah cinta.Cinta yang dikatakan fitrah manusia yang senantiasa menghantui fikiran manusia mampu membinasakan akal andai tidak pandai dijaga.Disini dinyatakan 11 tanda-tanda cinta.


1. Sentiasa memandang si dia, ini kerana cinta itu bermula dari mata, seperti disebut dalam sebuah pantun :
“dari mana semut melata,
dari bata turun ke titi,
dari mana datangnya cinta,
dari mata turun ke hati”.  


Orang yang menyintai seseorang akan kerap kali memandang insan yang dicintainya, sebagaimana dikatakan dalam sebuah syair :
“kuikuti arah pandangan ke mana pun kau pergi,
tak seorang pun mampu halangi jalan yang ku lalui”
dan dalam syair lain
“jika mereka menghalangi agar aku tak memandangnya,
mataku pun takkan sudi lagi memandang manusia”


2. Malu-malu jika orang yang dicintai memandangnya.
3. Merindui, membicarakan dan menyebut namanya, sebagaimana disebut di dalam pantun :
“adat permata di dalam tangan,
dibungkus dengan kain baldu,
jikalalau bercinta menyesal jangan,
adat muda menanggung rindu”.
4. Tunduk kepada perintah orang yang dicintai dan mendahulukannya daripada kepentingan diri5. Bersabar menghadapi gangguan orang yang dicintai.
6. Menghayati perkataan orang yang cintainya dan mendengarkannya, sebagaimana syair : “ senantiasa ku perhatikan perkataanmu,
agar aku tampak mengerti dalam pikiranku”
7. Mencintai tempat atau rumah sang dicintainya.
8. Menyintai apa yang dicintai kekasih.
9. Gementar atau gelisah bila berhadapan dengan orang yang dicintai.
10. Cemburu kepada orang yang dicintai.
11. Berkorban untuk mendapatkan keredhaan orang yang dicintai, sebagaimana syair :
“kupunya sekeping hati yang ditebari cinta,
keranan cinta dia rela menghadapi penyiksa,
cinta menebus dirimu dnegna pengorbanan jiwa,
kan ku tebus pula dengan sesuatu di atas jiwa”.