Saturday, January 15, 2011

WOMAN..

Wanita solehah merupakan calon penghuni syurga, menjadi dambaan insan yang beriman bagaikan teratai mekar di tasik madu.Keindahan akhlaknya,sopan tatasusilanya,lembut budi bicaranya memancarkan keluhuran nurani, menyejukkan hati dan penyeri budi pekerti. Ucapannya menepis fitnah dan kemungkaran, membuahkan hikmah umpama senandung rindu syair keinsafan.




Setiap nasihat dan wasiat yang disampaikan Rasulullah menjadi pelita dalam kehidupan seorang wanita solehah. Buaian nafsu dan kenikmatan dunia bagaikan biasan cahaya yang tidak meninggalkan bekas dalam sanubarinya. Kezuhudannya tersimpan rapi dalam mahligai impian untuk dinikmati dalam taman-taman syurgawi.


Buat kaum Adam,pilihlah teman hidupmu sebagaimana hadis Rasulullah s.a.w berikut:
1)Sabda Rasululah saw:
"Sebaik-baik wanita ialah wanita (isteri) yang apabila engkau memandang kepadanya ia menggirangkan engkau,jika engkau memerintah ditaatinya perintah engkau(taat) dan jika engkau berpergian dijaga harta engkau dan dirinya".
2)Sabda Rasulullah saw:
"Dunia yang paling aku sukai ialah wanita solehah".
2)Sabda Rasulullah saw:
"Siapa sahaja seorang isteri bermuka muram di hadapan suaminya,maka ia dalam kemurkaan Allah swt hingga ia dapat membuat suasana yang riang gembira kepada suaminya dan memohon kerelaannya."


Hadis ni pulak menganjurkan agar pilihlah isteri yg dapat kekalkan amalannya dgn menyambut kepulangan suami dengan air muka gembira dan dengan senyuman serta wajah yang semanis mungkin agar senyuman yang kita berikan ketika itu dapat menghilangkan sebahagian daripada keletihan suami.Elakkan dari cari isteri yg bersikap acuh tak acuh pada suami,bermasam muka ataupun melepaskan `peluru berpandu' bila suami terjongol di muka pintu.Haa....kalau isteri macam ni alamatnya
suamilah yg bakal dicontrol suatu hari nanti.




Kebahagiaan rumahtangga terletak pada akhlak dan budipekerti isteri.Biarpun seorang isteri itu tidak cantik tapi jika cukup sempurna layanannya terhadap
suami dan berakhlak pula,tentu ia akan menjadi penghibur dalam rumahtangga.




Saidatina 'Aisyah r.a meriwayatkan : Bahawa Rasulullah s.a.w (mafhumnya), "Hai 'Aisyah, aku berwasiat kepada engkau. Hendaklah engkau senantiasa mengingati wasiatku ini. Sesungguhnya engkau akan senantiasa di dalam kebajikan selama engkau mengingati wasiatku ini".




Intisari wasiat Rasulullah s.a.w tersebut dirumuskan seperti berikut:
Hai, Aisyah, peliharakanlah diri engkau. Ketahuilah bahawa sebahagian besar daripada kaum engkau (kaum wanita) adalah menjadi kayu api di dalam neraka.
Antara sebab-sebabnya ialah kerana mereka itu :
(a) tidak dapat menahan sabar dalam menghadapi kesakitan (kesusahan) - apabila dibalakan tidak bersabar;
(b) tidak memuji Allah Taala di atas kemurahan-Nya (mensyukuri nikmat);
(c) mengkufurkan nikmat;
(d) membanyakkan kata-kata yang sia-sia;




Wahai  Aisyah, ketahuilah :
(a) bahawa wanita yang menidak-nidakkan kebajikan (kebaikan) yang
diberikan oleh suaminya akan digugurkan oleh Allah Taala amalannya.
(b) bahawa wanita yang menyakiti hati suaminya dengan lidahnya maka pada hari kiamat, Allah menjadikan lidahnya tujuh puluh hasta dan
dibelitkan di tengkuknya.
(c) bahawa isteri yang memandang jahat (menuduh atau menaruh
sangkaan buruk terhadap suaminya), Allah akan menghapuskan muka dan tubuhnya pada hari kiamat.
(d) bahawa isteri yang tidak memenuhi kemahuan suami- nya (yang
harus / halal) di tempat tidur atau menyusahkan urusan ini atau
mengkhiananti suaminya, akan dibangkitkan Allah pada hari kiamat
dengan muka yang hitam, matanya kelabu, ubun-ubunnya terikat kepada
dua kakinya di dalam neraka.
(e) bahawa wanita yang mengerjakan sembahyang dan berdoa untuk
dirinya tetapi tidak untuk suaminya, akan dipukul mukanya dengan
sembahyangnya.
(f) bahawa wanita yang dikenakan bala ke atasnya lalu dia
menampar-nampar mukanya atau mencarik-carikkan pakaiannya, dia akan dimasukkan ke dalam neraka bersama dengan isteri nabi Nuh dan isteri nabi Lut dan tiada harapan mendapat kebajikan syafaat daripada
sesiapa pun.
(g) bahawa wanita yang berzina akan diderakan di di hadapan segala
makhluk di hadapan neraka pada hari kiamat - tiap-tiap perbuatan zina
dengan delapan puluh cemeti daripada api.
(h) bahawa isteri yang mengandung itu adalah baginya pahala seperti
berpuasa pada siang harinya dan mengerjakan qiamullail pada
malamnya serta pahala berjuang fi sabilillah.
(i) bahawa isteri yang bersalin, bagi tiap-tiap kesakitan yang
dideritainya diganjari pahala memerdekakan seorang sahaya. Demikian
juga pahalanya setiap kali menyusukan anaknya;
(j) bahawa wanita apabila bersuami dan bersabar daripada menyakiti
suaminya, maka samalah dengan titik-titik darah dalam perjuangan fi
sabilillah. Dialah antara wanita-wanita yang qanitat (banyak beribadat kepada Allah).




MUDAH2AN KITA KAN JADI MUSLIMAH SEJATI YG MENGIDAMKAN SYURGA ALLAH...INSYAALLAH..


Nasihat Khusus buat Wanita..


Untuk membentuk bibir yang menawan,
Ucapkan kata-kata kebaikan
Untuk mendapatkan mata yang indah,
Carilah kebaikan pada setiap orang yang anda jumpai


Untuk mendapatkan bentuk badan yang langsing,
Berkongsilah makanan dengan mereka yang kelaparan
Untuk mendapatkan rambut yang indah
Mintalah seorang anak kecil untuk menyisirnya dengan jemarinya setiap hari


Untuk mendapatkan susuk tubuh yang indah,
Berjalanlah dengan segala ilmu pengetahuan,
Dan anda tidak akan pernah berjalan sendirian.
Manusia jauh melebihi segala ciptaan lain,
Perlu senantiasa berubah, diperbaharui, dibentuk kembali, dan diampuni.
Jadi, jangan pernah ketepikan seseorang dari hati anda


Apabila anda sudah melakukan semuanya itu,
Ingatlah senantiasa,
Jika suatu ketika anda memerlukan pertolongan,
Akan senantiasa ada tangan terulur.


Dan dengan bertambahnya usia anda,
Anda akan semakin mensyukuri telah diberi dua tangan,
Satu untuk menolong diri anda sendiri,
Dan satu lagi untuk menolong orang lain.


Kecantikan wanita bukan terletak pada pakaian yang dikenakannya,
Bukan pada bentuk tubuhnya, atau cara dia menyisir rambutnya.
Kecantikan wanita terdapat pada matanya, cara dia memandang dunia
Kerana di matanyalah terletak gerbang menuju ke setiap hati manusia,
Dimana cinta dapat berkembang


Kecantikan wanita, bukan pada kehalusan wajahnya,
Tetapi kecantikan yang murni, terpancar pada jiwanya,
Yang dengan penuh kasih memberikan perhatian dan cinta yang dia berikan
Dan kecantikan itu akan tumbuh sepanjang waktu.




ITULAH KECANTIKAN MUSLIMAH YANG HAKIKI...


Setiap kecantikan bagi seseorang individu datangnya daripada Allah
Ta'ala.Tetapi ingatlah kecantikan paras rupa,indahnya pipi bak pauh
dilayang,bibir merah umpama delima merekah,hidung yang mancung bagai
seludang akan musnah jua akhirnya andai tidak dihiasi peribadi dirinya
dengan cahaya keimanan dan Islam.


Zaman dahulu,orang tidak pernah terfikir bahawa dengan teknologi
moden,manusia mampu merampingkan pinggang,menghilangkan kedut-kedut di
muka dan memancungkan hidung.Malah di era kemodenan ini,rupa paras boleh
diubah melalui pembedahan plastik dan tua boleh dilewatkan dengan memakan
hormon estrogen.Malah ada segelintirnya pula sanggup mati akibat penyakit
aneroxia nervosa.Ada pula yang rela bersenam berjam-jam sehari,tahan lapar
berhari-hari atau membelanjakan beribu-ribu ringgit untuk tujuan tersebut.Dasyatkan.


Dan tidak hairanlah,pertandingan ratu cantik yang diadakan mendapat
perhatian daripada masyarakat umum khususnya golongan remaja perempuan.Masing-masing
berlumba memperagakan maruah dan harga diri untuk dipertontonkan di
khalayak ramai semata-mata mengejar glamour dan nama.Dan ada pula yang
sanggup menggadaikan maruah keseluruhan negara,kononnya ingin menjadi
ratu cantik seluruh negara.Insaflah.


Semua permasalahan yang berlaku ini melibatkan maruah kaum
wanita.Tidak cukup dengan eksploitasi wanita di media-media massa dan
tabloid-tabloid tanahair,maruah wanita pula diperdagangkan untuk diimport
eksportkan ke pelusuk dunia.Tubuh badan yang sewajarnya ditutup litup
mengikut syariat Islam,kini bagi haiwan yang tidak terasa malu tanpa
berpakaian.Dan tidak mustahil suatu hari nanti,ada pertandingan'Raja
Kacak'.Kalau sekarang ada ratu cantik,mungkin menjelang tahun 2020,timbul
pula pertandingan baru untuk kaum lelaki.Subhanallah.


Semua makhluk di muka bumi ini asal kejadiannya adalah dari setitis
air mani yang hina,bentuknya adalah semata-mata berasal dari tanah dan
kembali kepada tanah jua.Justeru itu,tiada perbezaan antara penilaian
Islam dalam menilai kecantikan setiap individu.Dan janganlah kita
menyalahkan takdir Ilahi seandainya rupa paras yang diciptakan oleh Allah
Ta'ala mempunyai kecacatan dan kurang menarik.Bersyukurlah dengan apa yang
Allah Ta'ala kurniakan.Islam tidak pernah membezakan manusia berdasarkan
hubungan darah,keturunan dan suku bangsa.Namun Islam membezakannya
berdasarkan taQwa kepada Allah Ta'ala.Itulah kemuliaan sebenar pada
manusia.


Islam meletakkan ukuran kecantikan bukan pada raut wajah yang
manis,pada putih kuning kulitnya,tubuh atau sorotan mata yang
menawan,tetapi biarlah hati dan juga akalnya juga cantik.Malah kecantikan
hati diletakkan paling utama,diikuti dengan kecantikan akal dan akhir
sekali barulah kecantikan paras rupa.Kecantikan paras rupa ini ada atau
tidak ada,sama sahaja di sisi Allah Ta'ala.Ini jelas digambarkan
berdasarkan sepotong hadis Nabi s.a.w:"Sesungguhnya Rasulullah s.a.w
berkata kepada Abu Zar:"Lihatlah sesungguhnya engkau tidak dinilai mulia
kerana kulit merah dan juga kerana hitam, sebaliknya mulianya kamu dengan
sebab taQwa"(Riwayat Ahmad).Bukan itu sahaja,malahan Islam mengukur
kecantikan dengan melihat kebersihan dari segala unsur yang bertepatan
dengan ketentuan Allah Ta'ala.


TaQwa itulah yang dimaksudkan kecantikan hati.hati yang cantik
adalah hati yang sangat sensitif terhadap Allah Ta'ala.Merasakan kehebatan
dan kebesaranNya sehingga merasakan diri sangat hina dan lemah.Perasaan
yang lahir inilah yang dapat menyingkir segala
sifat-sifat"kesyaitanan"dalam hati manusia seperti pemarah,ego,bangga
diri,sombong,rakus dan sebagainya.


Inilah falsafah kecantikan sebenar menurut Islam.Justeru itu,mereka
yang cacat fizikalnya atau tidak menarik dinilai,adalah orang yang
tercantik di dunia jika di dalam tubuhnya yang cacat itu bersemayam megah
jiwa atau batin yang cemerlang dan sentiasa dicuci dengan Nur
Ilahi.Sedangkan orang yang memiliki tubuh badan yang sempurna,cantik dipandang mata dunia,sebaliknya di dalam jiwa mereka bersarang
istana-istana syaitan,mahligai iblis dan dipenuhi oleh kemusyrikan akidah
yang terpesong dari landasan Islam.Perkara ini diistilahkan oleh al-Quran
umpama mereka yang najis.


Ingatlah,setiap individu tidak akan merasakan sebarang kerugian
andaikan kecantikan hati menjadi buruan setiap wanita. Bukannya Allah
Ta'ala yang akan mendapat keuntungan tersebut,tetapi manusia itu
sendiri.Lihatlah,betapa banyak manfaatnya bila kecantikan hati menjadi
buruan utama setiap wanita.Antaranya ialah;


1) Dihindari Dari Bahaya


Setiap wanita berperanan melindungi kecantikan paras rupanya
daripada dipertontonkan di khalayak umum,lebih terselamat dari bahaya
fitnah dan gangguan.Umpama intan berlian,seandainya dipertunjuk-
tunjukkan,akan menarik perhatian pencuri,dan begitulah sebaliknya.


2) Mengelakkan Pembaziran


Memburu kecantikan paras rupa memakan kos yang sangat
tinggi.Berbagai-bagai usaha yang dilakukan untuk mencari alat-alat
kecantikan wajah,"make up",membesarkan sanggul dan bahagian-bahagian yang
tertentu yang mungkin boleh menarik perhatian orang kepadanya untuk
menutup keburukan yang dialaminya itu.Akan tetapi,memburu kecantikan hati
tidak memerlukan belanja yang tinggi.Sewajarnya wang yang digunakan untuk
membeli alat kecantikan wajah dipergunakan untuk soal-soal yang lebih
penting seperti mendapat pendidikan yang baik,menolong faQir
miskin,kerja-kerja yang bermanfaat untuk agama,masyarakat,bangsa dan
negara.


3) Membina Kasih sayang Yang Hakiki


Kecantikan yang dinilai pada hati,ia akan lebih
berkekalan,berbanding dengan kecantikan yang dinilai pada paras
rupa.Kecantikan hati tidak akan luput.Umpamanya,kasih sayang seorang suami
terhadap isterinya kerana hati atau akhlaknya akan kekal lama.Kunci kasih
sayang dalam sesebuah keluarga ataupun masyarakat adalah ikatan hati yang
sentiasa berpaut antara satu sama lain.


4) Melahirkan Masyarakat Yang Harmoni


Hati yang terdidik dalam mengejar kecantikan yang sebenar akan dapat
menyuburkan sifat-sifat terpuji seperti pemurah,sabar, pemaaf, bertolak
ansur,lemah lembut,redha atas segala pemberian Allah Ta'ala,cintakan
akhirat,cintakan Allah Ta'ala dan sebagainya.akan selesai dan hilanglah
perasaan buruk sangka,umpat dan kata,menipu dan pecah belah dalam
rumahtangga serta sebagainya.


Begitulah besarnya hikmah mengapa Allah Ta'ala meletakkan kecantikan
hati sebagai buruan utama setiap wanita.Tidak hairanlah,mengapa para
hukama' yang mengatakan:"Bila baik wanita dalam sesebuah negara,baiklah
negara tersebut".Oleh yang demikian.wanita yang benar-benar menginginkan
lebih hak membangunkan negara,perlulah dia memperjuangkan diri dalam
memburu kecantikan hati.


Sesungguhnya ukuran kecantikan wanita muslimah yang dapat dinilai
dari kaca mata Islam yang sebenar ialah;


- Dengan imannya yang mendalam,yang memakmurkan hatinya dan melapangkan
dadanya serta menggerakkan syiarnya.


- Dengan akalnya yang bijak sana dan fikiran yang bercahaya serta
berpandangan yang luas.


- Dengan tingkahlaku dan akhlaknya yang mulia serta amalannya yang soleh.


- Dengan kecintaannya terhadap Allah Ta'ala,sentiasa mengingatinya,
melaksanakan segala perintahnya danmeninggalkan segala larangannya dan
mengikut sunnah Rasulullah s.a.w


- Dengan ikhlas kepada suaminya dan memuliakannya serta bersolek
untuknya,mentadbir dan mentarbiah anak-anak menjadi generasi yang
cemerlang.








Sifat-sifat inilah yang sepatutnya menjadi dasar pilihan muslimin
dalam membina dan membentuk sebuah mahligai kebahagiaan untuk mendirikan
rumahtangga kepada muslimat.Nabi Muhammad s.a.w pernah berpesan dalam
hadisnya:"Apabila datang(meminang)kepada kamu seorang lelaki yang kamu
sukai akan akhlaknya dan agamanya,maka kahwinilah dia.Kalau kamu tidak
berbuat demikian,kelak akan berlaku fitnah di atas muka bumi,kerosakan
yang merata"


Maksud kerosakan yang merata itu ialah kalaulah lelaki yang baik
agamanya tidak menjadi pilihan kepada seorang wanita itu dan tidak
mengambil kesempatan untuk berkahwin dengannya,maka sudah tentu dia akan
memilih lelaki yang sebaliknya.Pilihan ini akan membawa kepada fitnah
dalam hidupnya lantaran agamalah yang menjaga kedamaian rumahtangga.
Wallahu A'lam..



PESAN RASULULLAH S.A.W..


Rasulullah s.a.w telah bersabda:


Wahai kaum wanita! Bersedekahlah kamu dan perbanyaklah istighfar kerana aku melihat kaum wanitalah yang lebih banyak menjadi penghuni Neraka.Seorang wanita yang cukup pintar di antara mereka bertanya: Wahai Rasulullah, kenapa kami kaum wanita yang lebih banyak menjadi penghuni Neraka? Rasulullah s.a.w bersabda: Kamu banyak mengutuk dan mengingkari suami. Aku tidak melihat mereka yang kekurangan akal dan agama yang lebih menguasai pemilik akal, daripada golongan kamu. Wanita itu bertanya lagi: Wahai Rasulullah! Apakah maksud kekurangan akal dan agama itu? Rasulullah s.a.w bersabda: Maksud kekurangan akal ialah penyaksian dua orang wanita sama dengan penyaksian seorang lelaki. Inilah yang dikatakan kekurangan akal. Begitu juga wanita yang tidak mengerjakan solat pada malam-malam yang dilaluinya kemudian berbuka pada bulan Ramadan kerana haid. Maka inilah yang dikatakan kekurangan agama.


(Hadis Riwayat Bukhari, Muslim)



SERIKANDI ISLAM..

Teringat satu cerita ketika zaman  kanak-kanak dulu,seperti biasa sebelum tidur ummiku selalu bercerita sebuah kisah tentang  serikandi-serikandi Islam zaman Nabi SAW dahulu.Kisahnya bermula apabila Nabi SAW memberitahu Puteri Baginda Fatimah Az-zahrah bahawa wanita pertama yg akan memasuki syurga ialah yg bernama Fatimah. Terlalu gembira Puteri Baginda itu tetapi kemudiannya Nabi SAW berkata " tetapi bukan Fatimah Puteri Muhammad". Tersentak akan kata2 itu Fatimah lalu bertanya " apakah amalannya sehingga diberi penghormatan yg begitu tinggi" Jawab Nabi SAW " Fatimah ini berkahwin dengan seorang lelaki, apabila suaminya pergi bekerja mencari nafkah, dia tinggal di rumah dan menjaga kehormatannya, apabila suaminya pulang, dia menyambutnya dengan kasih-sayang, disediakan air minuman, berpakaian nipis dan memberikan sebatang rotan pada suaminya". Tanya Fatimah " untuk apa semuanya itu" Jawab Nabi SAW " minuman untuk menghilangkan dahaga dan keletihan, berpakaian nipis jika suaminya berhajatkan kepadanya dan rotan itu untuk suaminya memukulnya jika dia tidak redha akan segala layanannya. Allah redha akan Fatimah ini dan diberikan penghormatan yg tinggi" Kemudian itu Nabi SAW berkata lagi " Wahai Fatimah, engkaulah wanita yang pertama yg akan memasuki syurga, Fatimah yg ku ceritakan itu akan memegang tali kudamu semasa engkau memasuki syurga, sudah tentu dia didepan"




Apakah masih wujud keadaan seperti ini di ini?Itulah persoalannya.






Peranan wanita Muslimah dalam jihad Rasulullah SAW  amat disignifikan. Sebagian besar mereka yang berhijrah ke Habasyah adalah bersama istri-istri mereka. Bahkan sejarah Islam mencatat bahwa manusia yang pertama kali menyambut dakwah Islam adalah seorang wanita, yaitu Khadijah binti Khuwailid, istri Rasulullah Saw. Dan manusia pertama yang syahid di jalan Allah juga seorang wanita, iaitu Sumayyah.




Selain Khadijah ra dan Sumayyah , masih banyak wanita-wanita Islam yang namanya abadi. Di antara mereka ada Aisyah Ra., Ummu Sulaim, Sumayyah, Nusaibah, Asma binti Abu Bakar, dan masih banyak wanita lain yang memegang peranan penting dalam perintisan dakwah Rasulullah Saw. di Mekkah dan Madinah.




Dalam kitab-kitab sirah  dikisahkan, setelah Rasulullah SAW menerima wahyu pertama di gua Hirak, beliau pulang dalam keadaan menggigil. Tubuhnya gemetar ketakutan. Setibanya di rumah, Beliau meminta istrinya, Khadijah ra menyelimuti tubuhnya. Lalu, Khadijah menyelimuti dan mendakap tubuh Rasulullah SAW dengan penuh jalinan  kasih sayang sehingga hilang rasa takutnya. Khadijah tidak langsung menanyakan apa yang telah terjadi pada suaminya, hingga Rasulullah SAW sendiri berkata, “Wahai Khadijah, tahukah engkau mengapa tubuhku tadi gemetar?” Belum sempat Khadijah menjawab, Rasulullah berkata lagi, “Sesungguhnya aku khawatir terhadap diriku sendiri.” Khadijah menjawab, “Tidak! Bergembiralah! Demi Allah, Allah sama sekali tidak akan membuat anda kecewa. Anda seorang yang bersikap baik kepada kaum kerabat, selalu berbicara benar, membantu yang lemah, menolong yang sengsara, menghormati tamu, dan membela orang yang berdiri di atas kebenaran.” Mendengar ucapan itu, Nabi menjadi tenang.






Sebagai istri, Khadijah Ra. telah mengambil sikap cerdas, yaitu memberikan sokongan terhadap dakwah suami. Bagaimanapun jika Khadijah memberikan pernyataan yang tidak menenangkan jiwa? Tentu Nabi SAW akan  sedih kerana bagaimanapun, seorang Rasul adalah manusia juga yang memerlukan sokongan dari orang-orang terdekat yang dicintainya dan Khadijah ra. telah memberi sumbangan besar dalam membangun dakwah Rasulullah SAW.




Dari kisah ini,jelaslah bahawa wanita dicipta dengan segala kelebihannyabagi membantu  dakwah Rasulullah SAW.Islam memerlukan  wanita-wanita yang memiliki semangat seperti Khadijah, ‘Aisyah, Sumayyah, Ummu Sulaim, Asma, dan Fatimah untuk memperbaiki umat ini.




Begitulah kisah tentan serikandi Islam di zaman Rasululah SAW yang dapat saya kongsikan dengan semua.Mudah-mudahan kisah ini dapat membangkitkan lagi semangat kita untuk berjuang di jalan Allah SWT.Ulasannya,walaupun kita ini dilahirkan sebagai kaum Hawa,ini tidak bermakna kita ini lemah dan senang ditindas.Akhir kata,jadilah sebaik-baik muslimah yang sejati dan jagalah perilakumu.




.Walahua'llam.

Thursday, December 9, 2010

AURAT WANITA


: : 1 . Bulu kening
: : Menurut Bukhari " Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur
: : ( menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening) "
: : Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari

: : 2 . Kaki ( tumit kaki )
: : " Dan janganlah mereka ( perempuan ) membentakkan kaki ( atau
mengangkatnya
: : ) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan "
: : An-Nur : 31

: : a ) menampakkan kaki
: : b ) menghayungkan/melenggokkan badan mengikut hentakkan kaki

: : 3 . Wangian
: : " Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu
: : kaum supaya mereka itu mencium baunya , maka wanita itu telah dianggap
: : melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina "
: : Riwayat Nasaii , Ibn Khuzaimah dan Hibban

: : 4 . Dada
: : " Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi
: : dada-dada mereka "
: : An-Nur : 31

: : 5 . Gigi
: : " Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya
: : dikikirkan giginya "
: : Riwayat At-Thabrani

: : " Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik ,
yang
: : merubah ciptaan Allah "
: : Riwayat Bukhari dan Muslim

: : 6 . Muka dan leher
: : " Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu
: : menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu "
: : a ) bersolek ( make-up )
: : b ) menurut Maqatil : Sengaja membiarkan ikatan tu

Wednesday, December 8, 2010

WAHAI HATI YANG LALAI..

Ketahuilah..
Solat itu diibaratkan sebagai raja yang menghadiri majlis kenduri dan merasai pelbagai rasa dan warna makanan mahupun minuman.Begitu juga dengan solat kita.Allah telah telah menyediakan berbagai-bagai bentuk pergerakan dan zikir.Pergerakan itu bagaikan makanan sementara zikir pula ibarat minuman yang menjadi juadah tatapan kepada rohani yang sering meminta-minta untuk diisi.


Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud,"Solat lima waktu itu seumpama sebatang sungai yang mengalir di muka pintu rumah di mana manusia mandi di situ sebanyak lima kali sehari".Ini bererti solat yang sempurna membersihkan diri dari segala dosa-dosa kecil.Tidakkah kalian berfikir begitu?


Mari kita renungkan bersama..
Rasulullah SAW dan sahabat-sahabatnya menggunakan berbagai-bagai cara untuk mencapai kesempurnaan solat.Diriwayatkan bahawa baginda pernah bersolat dengan memakai baju hitam bergambar yang diberikan oleh Abu Jahm.Setelah seesai solat,baginda terus menanggalkannya lalu bersabda yang bermaksud,"Kembalikan baju ini kepada Abu Jahm.Baju ini telah mengalihkan perhatianku daripada solat.Tukarkan dengan baju Abu Jahm yang tidak bergambar."


Ini merupakan suatu langkah untuk mengosongkan fikiran baginda daripada perkara-perkara yang melalaikan kosentrasi kekusyukan sewaktu menunaikan solat.Ketika kita mendirikan solat,anggaplah bahawa kita sudah bersedia untuk mengucapkan selamat tinggal kepada dunia.Sabda Rasululah SAW,"Solatlah kalian seolah-olah solat orang yang mengucapkan selamat tinggal kepada dunia".


Kekusyukan dalam solat dan diluarnya akan timbul hasil dari kesedaran tentang kekurangan diri sebagai hamba Allah SWT.Sebagai contuh kusyuk diluar solat ialah diriwayatkan tentang seorang yang tidak pernah mendongakkan wajahnya kelangit disebabkan terlalu mau dan takut kepada Allah.


Antara perkara utama yang perlu dilakukan ialah solat mengikut waktunya.Sebagaimana firman Allah Taala,"Sesungguhnya solat itu adalah suatu kewajipan yang telah ditentukan waktunya terhadap orang beriman".(An-Nisa':103).


Segerakanlah solatmu kerana gerak badan yang disertai hati yang lalai sangat merugikan di HARI KIAMAT nanti...

LELAKI KACAK UNTUK DIDAMPINGI?


Dalam sebuah hadis,Rasulullah bersabda yang bermaksud,
"Pada  hari kiamat nanti,dihadapan Allah Azza Wajalla tidak akan ada syafaat yang mempunyai taraf yang lebih tinggi daripada Al-Quran,bukan nabi,bukan juga malaikat dan sebagainya."


Melalui hadis diatas,jelas sekali dapat kita mengetahui bahasa Al-Quran adalah pemberi syafaat yang mana syafaatnya akan diterima oleh Allah.Terdapat satu riwayat yang menyatakan bahawa apabila seseorang itu meninggal dunia dan keluarganya sedang sibuk melakukan upacara pengebumian,seseorang yang kacak akan berdiri di bahagian kepalanya.Apabila mayat itu dikafankan,lelaki kacak itu akan datang mendiami antara dadanya dan kain kafan itu.Bila selesai semuanya dikebumikan,orang ramai termasuklah ahli-ahli keluarga dan kekasih kita akan pulang ke rumah masing-masing,maka,datanglah dua malaikat Munkar dan Nakir cuba untuk memisahkan orang yang kacak itu supaya mereka dapat membuat pertanyaan mengenai iman orang yang meninggal duni itu tanpa sebarang gangguan.


Tetapi orang yang kacak itu akan berkata,"Dia adalah kawanku.Aku tidak akan tinggalkannya berseorangan walau dalam apa keadaan sekalipun.Jalankan tugas kamu tetapi aku tidak akan meninggalkannya sehingga aku membawanya masuk ke syurga."


Selepas itu,lelaki kacak itu berpaling ke arah mayat sahabatnya dan berkata"Akulah Al-Quran yang mana engkau telah membacanya kadang kala dengan suara perlahan dan kadang kala dengan suara kuat.Janganlah engkau bimbang selepas pertanyaan Munkar dan Nakir ini,engkau tidak akan berasa dukacita lagi."


Bila pertanyaan selesai,orang kacak itu akan mengadakan kepadanya satu hamparan sutera yang penuh dengan kesturi dari malaikat-malaikat yang datang dari syurga.Alangkah indah dan bahagianya sekira orang itu adalah kita.Kita sebenarnya tahu tentang tingginya syafaat AlQuran tetapi dengan mengetahuinya sahaja tanpa sebarabg usaha untuk mendekati dan merebut syafaat itu adalah orang-orang yang rugi.Cubalah kita rnung sejenak diri kita sendiri.Ajal dan maut adalah ketentuan Allah semuanya.Yang berlaku adalah takdir,maka manfaatkanlah masa yang masih berbaki ini dengan sebaiknya sebelum ajal menjemput kita kerana di saat ia tiba ,kita mahupun sesiapa tidak mampu untuk melambatkan atau mempercepatkan takdir Allah walaupun sesaat.Begitulah kehebatan Allah.


Dan apabila berada di alam kubur siapakah lagi yang akan menemani kita kalau tidak amal kita.Allah telah menjanjikan Al-Quran sebagai pemberi syafaat yang terulung dan sesungguhnya janji Allah itu adalah benar.


Wallahua'lam.