Friday, June 3, 2011

PABILA AJAL MENJEMPUT..

Assalamualaikum w.b.t..
syukur ke hadrat Illahi..
masih diberi kesempatan untuk menulis entry ni..
..PABILA AJAL MENJEMPUT..



Bila sampai ajal aku,
dimana tempat bisa aku sembunyi,
agar bisa lari dari semua ini,
agar bisa terus hidup sebegini,
tiada arah,tiada tujuan.


Bila sampai ajal aku,
dimana harta hendak aku simpan,
bisakah dibawa hingga ke mati,
bisakah menandingi kuasa ilahi,
walaupun harta banyak tak terperi,
namun  ia tak memberi erti apapun pada diri ini.


Bila sampai ajal aku,
cukupkah sudah amalan aku selama ini,
cukupkah apa yang aku balas kembali,
walaupun tuhan menyayangi diriku,
tapi diri aku yang terhina menzalimi diri sendiri,
dimana akal fikir aku..


Bila sampai ajal aku, 
blog ini pasti akan sepi,
pasti tiada entry seterusnya lagi,
pasti akan dilupai akhirnya nanti,
dan pasti akan bersemadi disana nanti..
apa yang aku pinta,
moga Al-fatihah dapat kau beri,
buat diri yang serba kekurangan,
kerana selalu alpa dengan keduniaan,
sampai melupakan akhirat disana,
selalu lupa hidup ada pasang surutnya,
sampaikan mati mendatang tidak disedari..
sedarkah aku????




SEDARKAH??


wallahua'allam..

__________________________________________



                 ~ SYUKRAN JIDDAN JIDDAN LILQIRAAH ~
_____________________________________________________

HIJAB..

Thursday, June 2, 2011

MAHU ATAU TIDAK??...FIKIR-FIKIRKAN...

Assalamualaikum w.bt,,,
Alhamdulillah..
Pertama-tama dan selama-lamanya syukur ke hadrat Illahi atas nikmat yang masih lagi kita kecapi sehingga ke hari ini iaitu nikmat IMAN dan ISLAM..
Alhamdulillah sekali lagi..
                                 
Sukanya hati saya pada ketika ini untuk berkongsi suatu perkara dengan kalian semua..
Diharap seharap-harapnya agar kalian semua dapat fikir-fikirkannya...




MAHU ATAU TIDAK??FIKIR-FIKIRKAN...



Apa yang kalian lihat...selalunya berbeza dengan apa yang kalian MAHU lihat..

Apa yang kalian dengar...selalunya tidak sama dengan apa yang kalian MAHU dengar..
Jadi apa MAHU kalian sebenar-benarnya?
Itulah yang kalian harapkan..
 

Maka jangan percaya apa yang kalian lihat dan kalian dengar..
Percaya apa yang kalian MAHU lihat dan dengar.. 
Sampai satu masa..kalian sudah tidak MAHU untuk MAHU sesuatu..
Dan saat itu..kalian akan mula menerima apa yang kalian lihat dan dengar.. 

Pancaindera bukan ilusi..
Tetapi akal sering berfantasi..
Dan hati sering menjadi falasi..

RENUNG-RENUNGKAN ..

-take care and blessed be-
WALLAHUALLAM.. 

_____________________________________________________



                 ~ SYUKRAN JIDDAN JIDDAN LILQIRAAH ~
_____________________________________________________