Wednesday, December 8, 2010

LELAKI KACAK UNTUK DIDAMPINGI?


Dalam sebuah hadis,Rasulullah bersabda yang bermaksud,
"Pada  hari kiamat nanti,dihadapan Allah Azza Wajalla tidak akan ada syafaat yang mempunyai taraf yang lebih tinggi daripada Al-Quran,bukan nabi,bukan juga malaikat dan sebagainya."


Melalui hadis diatas,jelas sekali dapat kita mengetahui bahasa Al-Quran adalah pemberi syafaat yang mana syafaatnya akan diterima oleh Allah.Terdapat satu riwayat yang menyatakan bahawa apabila seseorang itu meninggal dunia dan keluarganya sedang sibuk melakukan upacara pengebumian,seseorang yang kacak akan berdiri di bahagian kepalanya.Apabila mayat itu dikafankan,lelaki kacak itu akan datang mendiami antara dadanya dan kain kafan itu.Bila selesai semuanya dikebumikan,orang ramai termasuklah ahli-ahli keluarga dan kekasih kita akan pulang ke rumah masing-masing,maka,datanglah dua malaikat Munkar dan Nakir cuba untuk memisahkan orang yang kacak itu supaya mereka dapat membuat pertanyaan mengenai iman orang yang meninggal duni itu tanpa sebarang gangguan.


Tetapi orang yang kacak itu akan berkata,"Dia adalah kawanku.Aku tidak akan tinggalkannya berseorangan walau dalam apa keadaan sekalipun.Jalankan tugas kamu tetapi aku tidak akan meninggalkannya sehingga aku membawanya masuk ke syurga."


Selepas itu,lelaki kacak itu berpaling ke arah mayat sahabatnya dan berkata"Akulah Al-Quran yang mana engkau telah membacanya kadang kala dengan suara perlahan dan kadang kala dengan suara kuat.Janganlah engkau bimbang selepas pertanyaan Munkar dan Nakir ini,engkau tidak akan berasa dukacita lagi."


Bila pertanyaan selesai,orang kacak itu akan mengadakan kepadanya satu hamparan sutera yang penuh dengan kesturi dari malaikat-malaikat yang datang dari syurga.Alangkah indah dan bahagianya sekira orang itu adalah kita.Kita sebenarnya tahu tentang tingginya syafaat AlQuran tetapi dengan mengetahuinya sahaja tanpa sebarabg usaha untuk mendekati dan merebut syafaat itu adalah orang-orang yang rugi.Cubalah kita rnung sejenak diri kita sendiri.Ajal dan maut adalah ketentuan Allah semuanya.Yang berlaku adalah takdir,maka manfaatkanlah masa yang masih berbaki ini dengan sebaiknya sebelum ajal menjemput kita kerana di saat ia tiba ,kita mahupun sesiapa tidak mampu untuk melambatkan atau mempercepatkan takdir Allah walaupun sesaat.Begitulah kehebatan Allah.


Dan apabila berada di alam kubur siapakah lagi yang akan menemani kita kalau tidak amal kita.Allah telah menjanjikan Al-Quran sebagai pemberi syafaat yang terulung dan sesungguhnya janji Allah itu adalah benar.


Wallahua'lam.

No comments:

Post a Comment