Wednesday, December 8, 2010

WAHAI HATI YANG LALAI..

Ketahuilah..
Solat itu diibaratkan sebagai raja yang menghadiri majlis kenduri dan merasai pelbagai rasa dan warna makanan mahupun minuman.Begitu juga dengan solat kita.Allah telah telah menyediakan berbagai-bagai bentuk pergerakan dan zikir.Pergerakan itu bagaikan makanan sementara zikir pula ibarat minuman yang menjadi juadah tatapan kepada rohani yang sering meminta-minta untuk diisi.


Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud,"Solat lima waktu itu seumpama sebatang sungai yang mengalir di muka pintu rumah di mana manusia mandi di situ sebanyak lima kali sehari".Ini bererti solat yang sempurna membersihkan diri dari segala dosa-dosa kecil.Tidakkah kalian berfikir begitu?


Mari kita renungkan bersama..
Rasulullah SAW dan sahabat-sahabatnya menggunakan berbagai-bagai cara untuk mencapai kesempurnaan solat.Diriwayatkan bahawa baginda pernah bersolat dengan memakai baju hitam bergambar yang diberikan oleh Abu Jahm.Setelah seesai solat,baginda terus menanggalkannya lalu bersabda yang bermaksud,"Kembalikan baju ini kepada Abu Jahm.Baju ini telah mengalihkan perhatianku daripada solat.Tukarkan dengan baju Abu Jahm yang tidak bergambar."


Ini merupakan suatu langkah untuk mengosongkan fikiran baginda daripada perkara-perkara yang melalaikan kosentrasi kekusyukan sewaktu menunaikan solat.Ketika kita mendirikan solat,anggaplah bahawa kita sudah bersedia untuk mengucapkan selamat tinggal kepada dunia.Sabda Rasululah SAW,"Solatlah kalian seolah-olah solat orang yang mengucapkan selamat tinggal kepada dunia".


Kekusyukan dalam solat dan diluarnya akan timbul hasil dari kesedaran tentang kekurangan diri sebagai hamba Allah SWT.Sebagai contuh kusyuk diluar solat ialah diriwayatkan tentang seorang yang tidak pernah mendongakkan wajahnya kelangit disebabkan terlalu mau dan takut kepada Allah.


Antara perkara utama yang perlu dilakukan ialah solat mengikut waktunya.Sebagaimana firman Allah Taala,"Sesungguhnya solat itu adalah suatu kewajipan yang telah ditentukan waktunya terhadap orang beriman".(An-Nisa':103).


Segerakanlah solatmu kerana gerak badan yang disertai hati yang lalai sangat merugikan di HARI KIAMAT nanti...

No comments:

Post a Comment