Wednesday, February 23, 2011

KATAKANLAH PADA DIRIMU..

                           Berkata Syeikh Abdul Kadir Jailani:

Apabila kamu bertemu dengan seseorang,maka lihatlah kelebihan yang ada padanya dan engkau katakanlah pada dirimu:
     
      "Mudah-mudahan dia dijadikan lebih baik daripada ku di sisi Allah.Semoga Allah mengangkat darjatnya."


Sekiranya dia lebih muda daripada kamu,katakanlah:

      "Dia masih lagi suci,belum lagi menderhaka kepada Allah,sedangkan aku telah banyak menderhakai Allah,tidak ragu lagi bahawa dia jauh lebih baik daripadaku."


Sekiranya dia orang yang lebih tua daripada kamu,katakanlah:

      "Dia lebih dahulu menyembah Allah berbanding aku."


Sekiranya dia dalam kalangan orang alim,katakanlah:

      "Dia telah diberi oleh Allah apa yang aku tidak dapat dan dia mengetahui apa yang aku tidak tahu."


Sekiranya orang itu jahil,katakanlah:

      "Dia menderhaka kepada Allah kerana kejahilannya sedangkan aku menderhaka dalam keadaan diriku  tahu dan aku tidak tahu apa kesudahanku dan kesudahannya."


Sekiranya orang itu kafir,maka katakanlah:

      "Aku tak tahu."

No comments:

Post a Comment