Monday, February 14, 2011

MASYAALLAH...TERUKNYA MANUSIA KINI..

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum w.b.t,
Adakah kita kenal diri kita??
Adakah kita pelihara setiap tindak tanduk kita??
setiap apa yang kita fikirkan??


Kita kata kita'jaga'..
Kita kata kita'peduli..
Kita kata kita 'sayang diri kita'
WAJARKAH KITA HANYA MENGAKU DENGAN MULUT,tetapi realitinya kita GAGAL!!
Usaha ke arah itu langsung tiada walau sebesar zarah..
Buktinya yang jelas tak perlu disuluh..

Seandainya kita nampak orang berjaya,
kita cemburu, 
Seandainya kita tengok orang cantik,
kita iri hati, 
Seandainya kita nampak orang kaya,
kita rasa tak puas hati , 
Seandainya kita tengok orang buat baik,
kita ingat dia sengaja nak menunjuk
walau hakikatnya dia mungkin ikhlas,
Kemudian,sering hati kecil kita mengeluh dan tertanya-tanya dalam diri,
kenapa aku tak berjaya?
kenapa ALLAH tak jadikan aku cantik?

kenapa aku tak kaya sejak kecil?
kenapa aku bodoh?
sedar tak sedar,
kita mula meragui takdir ALLAH, 
lama tak lama,
sedikit demi sedikit perasaan yang selalu menyalahkan takdir ALLAH disemai dalam jiwa kita,
semuanya berlaku tanpa kita sedar,tanpa kita perasan...
BETUL TAK??
 
Pabila perasaan tu muncul dalam hati, 
kita mula mencari kesalahan si dia,
kita mula mengheboh-hebohkan keburukan si dia,
kita mula tambah dosa dan kurangkan pahala dengan mengumpat si dia, 
motif utama, tak lain tak bukan supaya orang lain tak nampak kebaikan dia,
supaya orang lain pun mula membenci dia,
supaya kita ada geng nak mengumpat,
supaya kita diagung-agungkan sementara dia DICACI,DIUMPAT dan DIHINA oleh masyarakat..
MASYAALLAH , teruknya manusia kini...
 
Tapi,,
bila sampai turn kita,
bila kita yang berjaya,
bila rupa kita yang cantik + menawan + handsome,
bila kita yang ada kaya,
bila kita buat sedikit kebaikan,
kita dahagakan pujian..
Bukankah..kita nak dihormati,
Bukankah..kita nak dipandang tinggi,
Orang lain pun kita pandang rendah, 
Hina je orang lain kat mata kita, 
Kalau kita yang punya bukan main nak suruh orang buat itu,buat ini...


Hakikatnya kita lupa,
atau mungkin terleka,
semua yang kita miliki tu,
ALLAH yang kurniakan,
Milik ALLAH,
bukan kita yang punya,
semuanya ALLAH yang punya,
SEDARLAH..kita hanya MEMINJAM..
bila-bila masa saja Dia boleh tarik balik nikmat tu dari kita..


pujian yang kita terima,
bukan milik kita sebenarnya,
milik ALLAH,
sebab DIA yang ciptakan kepandaian sampai kita boleh berjaya,
DIA yang menjadikan muka kita sempurna tanpa cacat cela,
sehingga orang lain nampak kita cantik,
DIA yang memudahkan rezeki kat kita,
sampai membuatkan harta kita melimpah ruah, 
siapa yang layak menerima pujian?
ALLAH atau kita?


Kenapa kita seringkali terlupa,
bahawa pujian itu boleh melekakan kita,
boleh menyebabkan kita bangga,
boleh membuatkan kita riak, 
boleh membuatkan kita takabbur,
lupa agaknya kita,
riak tu syirik khafi *tersembunyi*,
syirik tu besar dosanya walaupun syirik khafi tu syirik kecil, 
Sanggupkah kita tempah tiket free untuk ke neraka?
Nauzubillah min zalik,
lupa agaknya kita dengan hadis nabi,
mafhumnya,
Rasulullah SAW bersabda :“Hati-hatilah kamu terhadap syirik tersembunyi.” Para sahabat bertanya : “Wahai Rasulullah apakah syirik tersembunyi itu?” Nabi menjawab : “Seseorang yang banyak mengerjakan shalat dan sungguh-sungguh menyempurnakan shalatnya karena dia mengetahui manusia memandangnya, itulah syirik tersembunyi,” (HR. Ibnu Khuzaimah).
mungkin kita ingat,
mungkin juga kita lupa,
kita sebagai manusia harus selalu saling ingat-mengingati,
mungkin kita tinggalkan syirik jali *nyata*
tapi kita mungkin terlepas pandang akan syirik khafi, ,
syirik khafi pun sebenarnya boleh merosakkan iman..
dah namanya pun SYIRIK,udah pasti atharnya(kesannya)pun sama,
TAK GITU BUKAN?

AYUHH..
kita sama sama mengorak langkah BARU,  
meninggalkan tabiat LAMA,
ayuh bersama kita buka lebaran baru bagi
mencatat perkara yang boleh menguatkan dan mengukuhkan lagi akidah kita...

INSYAALLAH..marilah kita beramal LILLAHITA'ALA..


No comments:

Post a Comment